|

Selamat Hari Lahir Yang Pertama Farisya Damia!

Aku ingat lagi masa kecil dulu kalau ada majlis sambutan hari jadi, kita biasa menyanyikan lagi “Selamat Hari Jadi”. Hari ini pun masih tetap sama dinyanyikan oleh semua orang. Namun kata-kata bonda aku membuatkan aku senyum sendirian kerana bonda aku kata lagu tu salah! “Sepatutnya kita sebut “Selamat Hari LAHIR” bukan “Hari Jadi” kerana kita mana tau bila kita ‘jadi’? Mungkin 9 bulan 10 hari lepas? Mungkin gak hampir 10 bulan kalau dah overdue?! Atau 7 bulan sebab kelahiran pra-matang?!!! Sebab tu perkataan yang betul adalah “Hari Lahir” kerana kita memang tau bila kita lahir”, kata bonda. Jadi, semenjak dari itu, aku tidak lagi ucapkan “Selamat Hari Jadi” tetapi sebaliknya…”SELAMAT HARI LAHIR”.

*Bondaku bukan pakar bahasa, hanyalah seorang tua yang suka membuat kuih ‘tepung pelita’ dan laksa penang yang lazat…*

———————————————————-

Farisya Damia Bt Mohamad Fadzil Eswandy…..memang panjang nama si comel ni. Ni kalau nak tulis nama masa exam nanti mau letih nak hitamkan borang jawapan tu. Hahaha!!!

Semalam aku dijemput oleh keluarga si comel nie untuk merakamkan suasana majlis sambutan hari kelahirannya yang pertama. Walaupun aku jarang-jarang menerima tugasan untuk merakam acara sebegini, apabila ada kesempatan aku tentu sekali tidak melepaskan peluang yang ada untuk melengkapkan portfolio kanak-kanak. Hadir sebagai OP dan juga tetamu kerana mereka mengenali keluarga aku, aku sedaya upaya untuk menjalankan tugas aku sebaik mungkin. Cabaran yang paling utama untuk tugasan sebegini tentu sekali untuk merakamkan si comel ini dalam keadaan yang se-natural mungkin dan pada masa yang sama mencari “moment” yang terbaik.

Terima kasih kerana menjemput kami dan SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA FARISYA DAMIA!!!


(Klik gambar untuk ke galeri penuh)

-

Putat
Jurugambar Bebas @ Kuching
+6.019.468.6481

5 Responses

  1. Fatia Says:

    Thx Putat, suka kmk nangga pic di amik ktk.. Kacak pic bday anak mek.. Huhu Lain kali, blh la nyuruh ktk gik…

  2. uncle3 Says:

    ini beday anak buah aku…ahahaha…hepi beday damia… dengan kesibukan mjaga keamanan di muar…pejam celik..pejam celik…x disgka dah setahun rupanya anak buah aku nie….aku nie ntah ble dpt anak…kuang..kuang..kuang…

  3. Hardy Says:

    Tak sangka yang keluarga ni kenalan lama keluarga kami di Sibu.

  4. Fatia Says:

    uncle3 tunggu anak buah ko dah skolah baruk ko ada anak kelak. kawen pun blm tok, ne nak dpt anak… kuang kuang kuang…
    hardy, hardy ne?

  5. uncle3 Says:

    aku merancang untuk mendapatkan anak tidak lama lagi…anak kucing

Leave a Reply