Salam Maal Hijrah (saat untuk kita berhijrah…)
Salam Maal Hijrah semua (walaupun sedikit lewat!).

Saat orang lain gembira dan leka menyambut (cuti) Maal Hijrah, berapa ramai kah yang benar-benar telah “berhijrah”. Apa yang di-hijrah-kan? Kenapa di-hijrah? Kenapa ber-hijrah? Dan kenapa ter-hijrah?
Aku, antara bilion-an umat Islam, yang lahir sebagai Islam, dibesarkan sebagai Islam, diharapkan membesar sebagai orang Islam, dan yang paling penting mati sebagai seorang Islam…leka melihat sekeliling tanpa sedar dan tahu “sudah kah aku ber-hijrah?”.
Pada pagi (cuti) Maal Hijrah itu, sedang aku dan bilion-an orang yang sama-sama leka, aku duduk mencuci lens-lens yang sering menemani aku ke mana-mana sahaja takkala aku menyendeng kamera DSLR aku. Banyak sudah cabaran yang dihadapi lens-lens tersebut - dicampak, dilempar, dipusing, dipulas, dihempas (atas tilam) dan macam-macam di lagi. Namun satu je lagi yang jarang-jarang dilakukan - dicuci!
Sedar dari leka, saat aku duduk mencuci lens-lens aku, pandangan akal aku tetiba terbuka terang bagaikan menggunakan f1.8 tetapi sukar untuk menemui titik fokus akibat terlalu tepu dengan kotoran yang dibiarkan.
Aku bermuhasabah diri. Melihat cermin yang sedang aku bersihkan, terfikir aku betapa cermin yang terang jelas berkilat…andai ia dibiarkan terlalu lama dengan selaput minyak jari jemari, cahaya bergemerlapan akan menjadi kusam dan tidak bermaya. Jika itu hanya cermin lens-lens aku, apa pula kesannya andai dibiarkan sedemikian rupa kepada cermin hati manusia?
Bersedia kah aku untuk dicuci hati…….???
-
Putat








